Monday, October 31, 2016

SELAMAT DATANG KE BLOG PEMBELAJARAN MATEMATIK SAYA


SOLID GEOMETRI


CIRI-CIRI GEOMETRI PEJAL

1. Prisma
  • Prisma ialah pepejal yang mempunyai dua muka bersetentang berbentuk poligon yang kongruen dan selari.
  • Prisma tegak ialah prisma yang tapaknya bersudut tegak dengan tepi-tepi sisinya.
  • Keratan rentas prisma ialah keratan yang bersudut tegak dengan tepi sisinya.



gambar rajah prisma



2. Piramid Tegak.


  • .Piramid ialah pepejal yang mempunyai tapak berbentuk poligon dan muka-muka condong yang berbentuk segi tiga dan mempunyai mercu sepunya.
  • Piramid tegak adalah piramid dengan mercunya mencacang di atas titik tengah tapak.
  • Tinggi piramid tegak ialah jarak berserenjang dari tapak ke mercu.


gambar rajah piramid tegak



3. Silinder.


  • Silinder ialah pepejal yang keratan rentasnya berbentuk bulatan.
  • Silinder tegak ialah pepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk bulatan.

silinder
gambarajah silinder.



4. Kon.

  • Kon membulat tegak ialah pepejal yang mempunyai tapak yang bulat dan hanya mempunyai satu permukaan condong.
  • Tinggi kon adalah jarak dari mercu ke pusat bulatan tapak.

kon
gambarajah kon.



5. Sfera.

  • Sfera ialah pepejal yang semua titik pada permukaannya adalah sama dari satu titik tetap.
  • Titik tetap itu dikenali sebagai pusat sfera.
  • Sfera tidak mempunyai sisi dan bucu.

sfera
gambarajah sfera.



BENTANGAN

1. Bentangan ialah bentuk dalam satu satah yang diperoleh dengan membuka dan meratakan permukaan pepejal itu.

2. Bentangan sesuatu pepejal boleh mempunyai bentuk-bentuk yang berlainan.

contoh:

c99


Pembinaan Geometri dengan menggunakan Alat Tepi Lurus dan Jangka Lukis

1. Alat tepi lurus ialah alat pembinaan dengan tepi yang lurus.

2. Pembinaan geometri adalah lukisan tepat gambar rajah geometri yang memenuhi syarat-syarat tertentu dengan menggunakan alat tepi lurus dan jangka sudut.

3. Tembereng garis ialah sebahagian garisan lurus di antara dua titik yang mempunyai panjang yang tetap.
contoh:

garis
AB ialah tembereng garis dengan panjang 4cm.


pmbinaan g 1


4. jika sesuatu garisan membentuk sudut 90 darjah dengan garisan lain, maka ia dikenali sebagai garis berserenjang.

contohnya:
gggg

5. Sekiranya satu garisan membahagi satu garisan yang lain kepada dua bahagian yang sama, maka ia dikenali sebagai pembahagi dua sama sesuatu garisan.


hhh

iii

6. Pembahagi dua sama sudut ialah satu garisan yang membahagikan sudut itu kepada dua sudut yang sama.


jj


No comments:

Post a Comment